KyungSoo !


FRIM OH FRIM
ssup Assalamualaikum guys! long time tak update blog. fuh berhabuk *sapu habuk* 

Harini,3th April. waaah harini hari yang paling best,aku gi lawatannnnnnn! hahaha nampak cam tak pernah gi lawatan en,haa jakun benor. act ni kelab pencinta alam je yang pergi. haha cinta alam sangat lah hakuu ni. kitorang gi FRIM (Forest Reasearch Institute Malaysia) best beb! memang ekstrem gila ah. rasa penat sngat habis sakit satu badan but best gila (y)

sampai kat sekolah tu,terus beratur dalam barisan kelas,lepas assembly baru semua geng yg nak gi frim tu berkumpul,cikgu bagi taklimat apa semua then.. tetiba cikgu nik cakap kat sana ada pacat. oh how can i forgot,nak gi hutan kan. patutnya aku pakai stoking panjang sikit ke apa en, ni pakai stoking pendek. time tu aku mmg rasa nak balik and rasa cuak gila. aku taktahu asal rasa nervous gila. yelah for the first time aku masuk hutan. and bila dah masuk tu rasa taknak keluar lak haha sbb bestt. hehe dalam bas duk sebelah Ainna sayang :)

then,sampai lah kat frim tu. cikgu ada bagi kertas kuiz. suruh kitorang jawab,tapi aku tak hantar pun ha ha ha. sampai je kitorang terus snap gambar haa ni antaranya




comel kannn ;;) pastu ada akak nadia tu dia bagi taklimat then suruh kitorang bahagikan kumpulan, group 1 dan group 2. geng aku group 2,takde laki haa nasib baik. pastu ada uncle tu*taktahu nama* dia bagi taklimat then dia yg jadi pemandu kitorang dalam hutan. mula2 tu jalan jumpa pokok JANDA MERANA haha ain siap cakap "NANTI SAYA CARIKAN LELAKI UNTUK AWAK YA" haa puncline sangat kan. then,kat jambatan tu ada kolam. kolam tu ada ikan ARAPAIMA tak silap. ikan tu besar gedabak weh,srsly takut aku tengok. dalam kolam tu ada tiga ikan arapaima. pastuu gerak lagi,gi kat kayu bersilika tu,haa berjuta juta tahunn. pastu gerak masuk galeri. kat galeri tu mmg takleh snap gambar sigh. dalam galeri tu macam2 ada. pastu keluar,kitorang snap gambar lagi. 



waktu kat depan galerii

pastu kitorang jalan masuk hutan. sebelum masuk hutan tu,uncle tu cakap "ok ni dalam hutan eh,kita tak nampak dia,tapi dia nampak kita" paham2 jelah kan. waktu tu cuak dah, time masuk tu memang best lah mula2 jumpa pokok petaling,pastu uncle tu tunjuk kat pokok tu ada sijil lahir. hahaha then jalan jalan. memang best lah, aku asyik pandang bawah je,sbb takut ada binatan ke apa. ew then sampai kat mana tah,uncle tu bagi kitorang bau pokok apa benda tah lupa. bau dia cam bawang. haha pokok kulim kot? rasanya lah. then jalan lagi,sampai lah kat tempat tu. kitorang tgk atas,cantik sangat daun

cantik kan. 

memang cantik gila,nampak kreatif lah. pastu,jalan jalan lagi. sampai lah naik bukit apa semua. perh memang penat do. ahh jinjja. tapi best hahaha penat tapi best so berbaloi sangat lah perginya. dapat pengalaman right.


rest. penat kann,pastu kitorang cam daki gunung do,memang penat gila ah. then,sepanjang perjalanan tu Ainna dgn Ezatul tak habis2 berebut GD lah apalah -.- pastu,kitorang jumpa air. air tu sejuk sangat. cikgu nik waktu kat sana memang penat gila esspecially time nak naik bukit tu haa. kesian tgk muka dia,hahaha. pastu sampailah kat canopy walk,jambatan gantung. 150meter tak silap. yang tu paling best and paling mencabar

sampai kat canopy walk

kat situ kitorang jumpa mat salleh, peramah sangat, dia teacher ajar sains,math and husband dia tu ajar bi . dia ada tanya ezatul apa tah then ezatul bisik "what did she say" hahahahaha. time naik tu,aku memang dah rasa cam nak mati weh. hahaahaha. aku asyik menjerit je,ezatul belakang aku. dia kena jarak 2 papan centu,then aku rasa mcm goyang2 je ya Allah takut weh. aku rasa macam nak tolak orang sampai jatuh bawah tu je, aku dah lah gayat. time sampai kat platform tu dah ok, pastu time izzati sampai kat aku,dia pucat gilaa, tangan dia sejuk sangat. kaki dia mengigil.,kesian tgk dia. haha pastu sempat lagi ha duk selfie dgn cikgu nik. hahahhaha pastu sambung lagi perjalanan. time titi yang kedua tu memang rasa mcm best dah. yay,tak rasa gayat and rasa best. 

muka confident je hahahahhahahaa dah ah gemuk haku ni

pastu titi yang ketiga tu lagi syokk! hahaha then selfie jap dengan cikgu nik 

pastu sambungg,then sampai. tangga yg nak turun tu sempit gila bakhang. hahaha. pastu turun bukit tu aku asyik tergelincir je nasib lah sempat brek hahaha. sampai je kat bawah ada sungai :) baru nak rendam kaki dalam tu,tetiba tgk ramai lak lelaki terus tak jadi. kaki kan aurat. 



pastu teruskan perjalanan,sambil jalan tu makan keropok. then jumpa lah orang arab,girls lah. cara depa pakai cam nak gi pavillion nuh, tapi dorang cantik2. then kitorang sempat snap gambar dgn dorang,tp gambar tu ada kat dalam camera akak arab tu,pastu kitorang jalan sampai lah kat tempat kitorang berkumpul waktu mula2 sampai. 

aku ingat sampai tu makan ke apa en,rupanya ada aktiviti lagi siot. treasure hunt pulok em aku lapar sangat waktu tu,tapi nasib badan still kuat lagi. haha,then bahagi group setiap group ada 4 orang. group aku ezatul ainna dgn wawa. then start lah treasure hunt tu,ada map depa lukis kat kertas and ada soalan. kitorang kena teka,apa dia. sepanjang perjalanan tu ada jawapan, time first2 tu memang senang je dapat jawab. time nak masuk hutan tu,memang dah tak dapat jawab,nak cari tulah ini lah. macam2 and takut gak masuk hutan en,takde pemandu arah. just ikut map je. but ok lah,pastu kitorang asyik skip je soalan sebab tak dapat nak jawab. haa itu lew bila org duk cakap2 tadi sepatutnya catat. ni langsung tak catat apa. 

group aku belakang sekali yang lain kat depan dah,pastu time duk cari2 jawapan tu tetiba bunyi daun. macam ada something jatuh atas daun tu hahahaha. terus jantung aku kuat berdegup,semua lari. memang secara tiba2 lah. terkejut gak kan. then,terus lah cari jawapan. pastu tetiba rasa macam ada air menitik,tanda nak hujan. huk aloh,kitorang pun cepat2 cari jawapan and keluar drpd hutan tu, banyak yang tak dapat jawab. hujan tadi memang lebat,pastu sampai tu terus ambik makanan. then makan waktu hujan,perh nikmat sangat makan kan. dengan kari ayam nya wuuu. pastu hujan berhenti. bas sampaii,then semua penat. sampai je kat sekolah ,masuk sekolah jap. pastu terus balik 

yay for the first time aku masuk hutan,memng aku rasa best sangat. rasa nak pergi je lagi, jungle trekking,canopy walk, treasure hunt. amat awesome gila,akak2 f5 semua sporting haha. memang betul2 pencinta alam aku haa harini. hahaha time balik tu rasa cam takleh lak tengok sampah bertaburan. rasa nak kutip tapi oh kenapa berat sgt tangan nak ambik. the best moment harini time naik jambatan gantung tu,hahaa mula2 takut tapi tengah2 tu rasa taknak turun pun ada xD haha so bye peeps. Assalamualaikum 





written by D.O Lover | Loving (s)

Bounjour.



Hidayah doesn't come when we feel like we don't want it. Listen to your heart deeply and be honest to yourself. iDOKYUNGSOO :>

Taggie.



Credit.

Template : Izzatie Syazwani
Basecode : Siti Nur Aisyah
Others :   

Older Post