KyungSoo !


Perkara2 yg membatalkan puasa :)
hello and assalamualakum readers :) aku nk bekongsi perkara2 yg membatalkan puasa .__.



1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)

2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))

3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah.

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.

5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

6. Keluar Mani dengan sengaja
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya  atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

7. Gila

8. Murtad
 Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

9. Pengsan
Pengsan sepanjang hari berpuasa. Jadi inilah dia perkara-perkara yang jika dibuat akan membatalkan puasa. Maknanya kena elakkan perbuatan-perbuatan ni, termasuklah merokok walaupun tak disebutkan di dalam senarai.







okay , bye you all .. :* puase penuh tauu :) assalamualaikum .. :)




written by D.O Lover | Loving (s)

Bounjour.



Hidayah doesn't come when we feel like we don't want it. Listen to your heart deeply and be honest to yourself. iDOKYUNGSOO :>

Taggie.



Credit.

Template : Izzatie Syazwani
Basecode : Siti Nur Aisyah
Others :   

Newer Post