KyungSoo !


FRIM OH FRIM
ssup Assalamualaikum guys! long time tak update blog. fuh berhabuk *sapu habuk* 

Harini,3th April. waaah harini hari yang paling best,aku gi lawatannnnnnn! hahaha nampak cam tak pernah gi lawatan en,haa jakun benor. act ni kelab pencinta alam je yang pergi. haha cinta alam sangat lah hakuu ni. kitorang gi FRIM (Forest Reasearch Institute Malaysia) best beb! memang ekstrem gila ah. rasa penat sngat habis sakit satu badan but best gila (y)

sampai kat sekolah tu,terus beratur dalam barisan kelas,lepas assembly baru semua geng yg nak gi frim tu berkumpul,cikgu bagi taklimat apa semua then.. tetiba cikgu nik cakap kat sana ada pacat. oh how can i forgot,nak gi hutan kan. patutnya aku pakai stoking panjang sikit ke apa en, ni pakai stoking pendek. time tu aku mmg rasa nak balik and rasa cuak gila. aku taktahu asal rasa nervous gila. yelah for the first time aku masuk hutan. and bila dah masuk tu rasa taknak keluar lak haha sbb bestt. hehe dalam bas duk sebelah Ainna sayang :)

then,sampai lah kat frim tu. cikgu ada bagi kertas kuiz. suruh kitorang jawab,tapi aku tak hantar pun ha ha ha. sampai je kitorang terus snap gambar haa ni antaranya




comel kannn ;;) pastu ada akak nadia tu dia bagi taklimat then suruh kitorang bahagikan kumpulan, group 1 dan group 2. geng aku group 2,takde laki haa nasib baik. pastu ada uncle tu*taktahu nama* dia bagi taklimat then dia yg jadi pemandu kitorang dalam hutan. mula2 tu jalan jumpa pokok JANDA MERANA haha ain siap cakap "NANTI SAYA CARIKAN LELAKI UNTUK AWAK YA" haa puncline sangat kan. then,kat jambatan tu ada kolam. kolam tu ada ikan ARAPAIMA tak silap. ikan tu besar gedabak weh,srsly takut aku tengok. dalam kolam tu ada tiga ikan arapaima. pastuu gerak lagi,gi kat kayu bersilika tu,haa berjuta juta tahunn. pastu gerak masuk galeri. kat galeri tu mmg takleh snap gambar sigh. dalam galeri tu macam2 ada. pastu keluar,kitorang snap gambar lagi. 



waktu kat depan galerii

pastu kitorang jalan masuk hutan. sebelum masuk hutan tu,uncle tu cakap "ok ni dalam hutan eh,kita tak nampak dia,tapi dia nampak kita" paham2 jelah kan. waktu tu cuak dah, time masuk tu memang best lah mula2 jumpa pokok petaling,pastu uncle tu tunjuk kat pokok tu ada sijil lahir. hahaha then jalan jalan. memang best lah, aku asyik pandang bawah je,sbb takut ada binatan ke apa. ew then sampai kat mana tah,uncle tu bagi kitorang bau pokok apa benda tah lupa. bau dia cam bawang. haha pokok kulim kot? rasanya lah. then jalan lagi,sampai lah kat tempat tu. kitorang tgk atas,cantik sangat daun

cantik kan. 

memang cantik gila,nampak kreatif lah. pastu,jalan jalan lagi. sampai lah naik bukit apa semua. perh memang penat do. ahh jinjja. tapi best hahaha penat tapi best so berbaloi sangat lah perginya. dapat pengalaman right.


rest. penat kann,pastu kitorang cam daki gunung do,memang penat gila ah. then,sepanjang perjalanan tu Ainna dgn Ezatul tak habis2 berebut GD lah apalah -.- pastu,kitorang jumpa air. air tu sejuk sangat. cikgu nik waktu kat sana memang penat gila esspecially time nak naik bukit tu haa. kesian tgk muka dia,hahaha. pastu sampailah kat canopy walk,jambatan gantung. 150meter tak silap. yang tu paling best and paling mencabar

sampai kat canopy walk

kat situ kitorang jumpa mat salleh, peramah sangat, dia teacher ajar sains,math and husband dia tu ajar bi . dia ada tanya ezatul apa tah then ezatul bisik "what did she say" hahahahaha. time naik tu,aku memang dah rasa cam nak mati weh. hahaahaha. aku asyik menjerit je,ezatul belakang aku. dia kena jarak 2 papan centu,then aku rasa mcm goyang2 je ya Allah takut weh. aku rasa macam nak tolak orang sampai jatuh bawah tu je, aku dah lah gayat. time sampai kat platform tu dah ok, pastu time izzati sampai kat aku,dia pucat gilaa, tangan dia sejuk sangat. kaki dia mengigil.,kesian tgk dia. haha pastu sempat lagi ha duk selfie dgn cikgu nik. hahahhaha pastu sambung lagi perjalanan. time titi yang kedua tu memang rasa mcm best dah. yay,tak rasa gayat and rasa best. 

muka confident je hahahahhahahaa dah ah gemuk haku ni

pastu titi yang ketiga tu lagi syokk! hahaha then selfie jap dengan cikgu nik 

pastu sambungg,then sampai. tangga yg nak turun tu sempit gila bakhang. hahaha. pastu turun bukit tu aku asyik tergelincir je nasib lah sempat brek hahaha. sampai je kat bawah ada sungai :) baru nak rendam kaki dalam tu,tetiba tgk ramai lak lelaki terus tak jadi. kaki kan aurat. 



pastu teruskan perjalanan,sambil jalan tu makan keropok. then jumpa lah orang arab,girls lah. cara depa pakai cam nak gi pavillion nuh, tapi dorang cantik2. then kitorang sempat snap gambar dgn dorang,tp gambar tu ada kat dalam camera akak arab tu,pastu kitorang jalan sampai lah kat tempat kitorang berkumpul waktu mula2 sampai. 

aku ingat sampai tu makan ke apa en,rupanya ada aktiviti lagi siot. treasure hunt pulok em aku lapar sangat waktu tu,tapi nasib badan still kuat lagi. haha,then bahagi group setiap group ada 4 orang. group aku ezatul ainna dgn wawa. then start lah treasure hunt tu,ada map depa lukis kat kertas and ada soalan. kitorang kena teka,apa dia. sepanjang perjalanan tu ada jawapan, time first2 tu memang senang je dapat jawab. time nak masuk hutan tu,memang dah tak dapat jawab,nak cari tulah ini lah. macam2 and takut gak masuk hutan en,takde pemandu arah. just ikut map je. but ok lah,pastu kitorang asyik skip je soalan sebab tak dapat nak jawab. haa itu lew bila org duk cakap2 tadi sepatutnya catat. ni langsung tak catat apa. 

group aku belakang sekali yang lain kat depan dah,pastu time duk cari2 jawapan tu tetiba bunyi daun. macam ada something jatuh atas daun tu hahahaha. terus jantung aku kuat berdegup,semua lari. memang secara tiba2 lah. terkejut gak kan. then,terus lah cari jawapan. pastu tetiba rasa macam ada air menitik,tanda nak hujan. huk aloh,kitorang pun cepat2 cari jawapan and keluar drpd hutan tu, banyak yang tak dapat jawab. hujan tadi memang lebat,pastu sampai tu terus ambik makanan. then makan waktu hujan,perh nikmat sangat makan kan. dengan kari ayam nya wuuu. pastu hujan berhenti. bas sampaii,then semua penat. sampai je kat sekolah ,masuk sekolah jap. pastu terus balik 

yay for the first time aku masuk hutan,memng aku rasa best sangat. rasa nak pergi je lagi, jungle trekking,canopy walk, treasure hunt. amat awesome gila,akak2 f5 semua sporting haha. memang betul2 pencinta alam aku haa harini. hahaha time balik tu rasa cam takleh lak tengok sampah bertaburan. rasa nak kutip tapi oh kenapa berat sgt tangan nak ambik. the best moment harini time naik jambatan gantung tu,hahaa mula2 takut tapi tengah2 tu rasa taknak turun pun ada xD haha so bye peeps. Assalamualaikum 





written by D.O Lover | Loving (s)
2Dedikasi's
hi Assalamualaikum. 

tak jawab dosa. kalau jawab anda comel macam saya. ok nah *hulur baldi*

haaaaaaaaaaaaaaaaai so eksaited nyah. aku sekrang ni haa rajin ko hapdate blog. banyak idea yang datang sejak nak habis tahun ni hahah. ok tahun 2013 dah nak habis weh. sedih sedih sedih sangat lagi sedih daripada cerita lagenda budak setan hm. sedih nyaaaa. dah lah tahun depan kelas lain lain. oh tidak, saya tak boleh hidup tanpa 2 DEDIKASI. mereka lah adik saya,abang saya dan kakak saya. hm sayang sangat sebab kita semua dah dua tahun kelas sama k. kelas kekal and hopefully tahun depan pun kekal gak. tapi tak sebab cikgu dah cakap tak samaaaaa! semua kelas pecah. tulah korang aku ajak meniru waktu final exam tu masing masing kedekut ilmu bak hang nyampah. 

nak habis tahun ni,aku rasa cam nak cerita je semua perangai dak dak kelas aku ni hahahahahahahah macam macam ragam uolls. dah ah kelas ni paling bising,bangang,gila. tapi kelas nilah yang buat aku rasa happy je nak datang cerkorlawh. wempitzznya menyampah pulak baca hahahha. so lemme introduce our mama. 

CIK NUR AYUNIZA

dia tak kahwin lagi ni uolls hahaaahahaha muda lagi. sopan,cantik,ayu em tgk nama lah kan :p dia ajar kitorang maths,cikgu ni suka loya buruk gak ah, tgk lah kelas yg dia pegang -.- hahaha bila dia melenting haa amek ko habis meja,kerusi semua dia baling. kitorang semua cuak gilo aih. haa tulah bising sgt. dalam kelembutan ada keganasannya. apakah? haha abaikan. bila dia ajar maths. wuuu cepat faham. dia ajar laju pun faham gak,nasib time tu aku tak kebluran kalau tak memang habis tak masuk. kadang kadang tu bila tak faham,boleh jumpa dia personal. cikgu ayu ni,cikgu fav den tau. sebab dia bertudung labuh. kat luar pakai purdah :') ada satu hari tu nampak cikgu dekat jusco. cantiknya dia berpurdah. i wish i could be like her. yeah one day. beliau adalah inspirasi saya cehhh hahhahahaaa

ok now dak dak dalam kelas ni lak. ketua kelas, Harith. haa dulu bukan dia yg jadi ketua,dulu shafarien. shafarien ni pemalassss. so tukar lah harith hehe. harith ni dulu blur bak hang sumpah menyampah dgn dia. sekarang dia ok ah. dah jadi kawan dah,dia baik. kadang kadang jahat,menyampah ok. esspecially waktu agama. haa dia cari aku,tolong dia hafal agama. sampai aku sendiri takleh nak hafal. pastu suka sakat aku. kadang kadang loya buruk gak. tapi dia baik,gaya cam ustaz. pernah satu hari tu dia cerita pasal nabi adam hehe. bagus ah dia. dia ni kaki gosip gak ah,haritu gosip pasal cikgu. wush jangan ingat lelaki ni tak suka gosip k. 

next, penolong kami yang sangat cantik,ayu,sopan santun. haa menyampah lak taip hahahaha. she's my best friend foreverrrrrr. garang ah sia dia hahaha, kalau dia marah habis do habis. semua meja,kerusi,mangkuk,cawan,pinggan melayang. dia bagi satu set terus. kau jangan cari pasal. dia ni boleh ah bertanggungjawab. ada yang "bertanggungtakjawab" hahahahahahaa. aku takleh dok sebelah dia mesti loya buruk haa siapa suruh ko mula loya buruk. aku dah ah takleh kalau org ajak loya buruk,mmg aku loya buruk betul2 hehee. mak dia dah kembali ke ilahi :') dia tabah,selalu gak bagi semangat kat dia. and dia pun selalu cerita masalah dia. sayang sangat kat dia. and dia sweet tau dgn ketua kelas. aww, ok ah tu ketua dgn penolong semoga sampai ke jinjang pelamin :p aamiin!!

dak dak gegirls dalam kelas. ok first geng2 azwani. terdiri daripada *amboi* Azwani,Nisa,Aini,Azizah,Farhana. farhana ni budak baru dalam geng dorang and kelas kita. ok ah gak,tak gedik mana,suka sakat dia. and yg lain tu dorang semua ok,kadang cari nahas gak. mula ah peperangan mulut. dulu teringat lagi,waktu form 1 gaduh waktu sejarah. cikgu roslee kemain do backing geng dorang. tak suka betul,then settle luar pagar. pastu cikgu rosmazira datang ambik kau, lari terus hahahhahahahahhaha. malam tu lak,nisa terus mtk maaf blablabla hengko ingat aku ni jenis maafkan org dgn mudah ke. and lama lama kitorang baik baik. takde dah tercentusnya peperangan -.- pastu farah,dia pun budak baru. waktu mula mula masuk aku nak sgt kenal dgn dia lebih rapat. dia ok ah sikit,tapi selalu gak buli dia,cam suruh dia buang sampah lah apa lah, jahat en,memang. dia suka baca noveeeeeel. sama gak macam fatin amyra. dorang ni sahabat baik -.- em yelah kot. hahahha fatin amyra ni jenis yg err taktahu nak ckp cemana tapi yg pasti aku menyampah dgn perangai dia. hamboi kau fatin,kau igt org tu tak menyampah dgn perangai kau? ceh hahahahaa. and next,fatin natasya. fatin lagi? hahah ekceli dalam kelas aku ada 3 fatin. fatin nabila *aku* fatin natasya dan fatin amyra. tapi fatin nabila yg paling cun melecun ok muntah lagi ya. haa balik kpd fatin natasya tadi. dia ok lah gak,gangstahhhh. taiko ni sila takut kat dia. dia ni jenis minat yg peng peng err hahhahaa. tp dia ok lah,annoying pun annoying gak -.- next najwa. yaaaaaaa dia ialah kawan saya yg paling comel ah,hahaha si gadis braces. mata dia lawa weh,suka tgk mata dia. bila dia gelak,hm -.- and dia ni sgt annoying. ramai peminat weh hahaha. next,ain,izzati. dorang ni kawan baik den. suka kawan dgn dorang. annoying nak mampuih. ok kawan kawan aku semua annoying do. mewarisi aku ni. ezatul,kawan baik kitaaaaa. sayang dia,bila dia gelak hm kau takyah cakap lah,rasa nak sepak pun ada. kadang2 menyampah dgn dia, hahahhahahaha geram. annoying yg amat,tp dia lah sahabat saya. nurina,filzah. dua ekoq ni sahabat baik. depa selalu bersama. hahaha suka kawan dgn nurina. dulu pernah ada salah faham dgn dia. sampai cikgu ayu pun tahu,pastu settle semua nangis nangis bagai hehhe. filzah ni pun annoying gak,rasa nak sepak terajang apa semua. tapi dia baik,suka ceramah aku bila aku buat benda yg dia tak suka. hahhahahaa, next ainna :') kenal dia dari darjah 6 lagi. sebab ustaz zaki,ya kegilaan kami berdua hahaha. sayang dia,dulu waktu form 1 rapat. now rapat gak,sayang dia sgt2. 

dak dak boys lak. haa daniel,hahahahhahahhaha daniel ni ish dia jenis over tau hahaahaha takdelah. dia kawan baik aku,kitorang lahir bulan sama. april,haha dulu jadi pengawas pelatih sama sama and then tak dapat. takde rezeki kitorang maybe. daniel ni suka bahan aku! menyampah dgn dia hahaha dulu waktu tak dpt pengawas pelatih,aku nangis gila2 ah then daniel pun bahan kuajaq dia. tapi dia baik,dia ni jet ustaz. haritu dia baca maksud hadis dgn syahdunya lahai. rasa nak sepak hahah,then ckp "fatin aku bukan daniel yg dulu,tetap aku daniel yg telah berubah" berubah sgt kan,perangai still sama. selalu berpakat dgn dia kacau fiza. daniel ni baik ah gak,kekadang annoying. selalu suruh dia ajar maths. next,khai. haa dia ni ikan todak dalam kelas,dia kalau gelak habis kau. rasa nak pecah kelas tu. gelak dia bapak annoying engkooo. tapi dia ok ah,tak nakal sgt. suka kutuk cikgu,pastu gelak tak habis2 even benda tu langsung tak lawak, main chess pun gelak. -.- next akid,aizad,naseem,is,wan. sahabat baik ni,hahahaa aku tak rapat sgt dgn dorang so tak berapa tahu perangai dorang yg penting. mereka tersangatlah annoying. shafarien,hahahahahahah dia baik :) tapi.. haih takmo ah ckp kat sini hahahahaha. rajin ah gak,pandai ah gak. annoying ah gak. ok senag cerita lah kan dak dak kelas aku semuanya annoying. then,farris abam sadooo bhai hahahhahaa dia baik,bagus dia ni. pandai,annoying. dia paling bongsu dalam kelas hahahaa.suka sgt panggil aku "tin" cam tin kosong dah haa. fahar,em -.- malas aku ckp pasal dia. perangai dia srs tak matured. haha nuqman,abang long dalam kelas. even dia kecik ._. dia pernah tak dtg sekolah beberapa bulan. noooo bukan ponteng,sebab dia operate dia punya tulang belakang kot? aku srs taktahu, then lama lama tu baru ah tahu. hahahaha tak ambik berat langsung den ni. and? rasanya dah takde dah kot. hahahahaha sorry ya kalau ada yg terlupa maklum ah,ingatan saya lemah sgt bila akhir tahun.

ok done cerita pasal semuaaaaa gegirls and boys. semua perangai annoying,sayang sgt dorang hm dah lah tahun depan tak sama kelas. ish :(( tak sukanyaa. nape ah ceni. hmmmmmm. 

hehe suka sangat gambar ni. "keluarga bahagia" bak kata depa semua lah,tak semua dak dalam kelas aku ada dalam gambar ni. gambar ni waktu open house rumah ain. cuma nizam,karmila dgn nabilah je kelas lain. dak sesat xD hahahahaha jk. and fatin farhana tu,dia form 1 dan adik farris. hahaahhaa, gambar ni srs annoying. tgk wan -.- 

again. overnya iskandar -.- 

tak jadi formal gambar ni -.- sila fokus pada daniel, and gelak tu jgn kuat sangat.

and the lastt pic. hehee nampak cam bahagia kan kitorang,ya memang.

jejaka idaman malaya ni siaaaa. *muntah*

....

THE END. YAY HOPE OUR FRIENDSHIP TILL JANNAH. SAYANG KORANG KERANA ALLAH :') 


XOXO


written by D.O Lover | Loving (s)
ThrowBack :')
hi. Assalamualaikum.

now already 2.45 a.m

fuh,kok terasa udah lama ngak ngupdate blognyaa. wuu ganah boh indon aku. ok dah merdeka and freedom skrg \o/ NOOOOOOOOOOOO freedom pebendaaa merdeka pebendaaaaa. 99's masih di bawah jajahan PBS ok. oh no. sedih utk saya dan 99's yg lain. aku taktahu ah apa sebenarnya function wujudkan pbs ni. still tak faham sampai sekarang. udahh bikin pusing ajaa. haa aku ni dah kenapa indon je memanjang -.- emmm Randy Pangalila ah ni ehem hahaaa. 


5/11/2013


ZAMAN KEGEMILANGAN HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA

Harini birthday baby boo kita. Syaidatul Muzlifah bt Hamsan. rinduuuuuuuuuuuu sangat kat dia. nak sangat jumpa dia,celebrate birthday dia. hm rindu sangat tahun 2012's tahun tu tak byk sedih,tak byk sakit hati. ada kak yana,kak hanie,kak izzati. i miss them so much,now memang jarang ah jumpa kan. dulu,aku cam bajet taiko ah,baju sekolah lipat sampai lengan,suka mencarut,suka buat org hati sakit hati. ya tu dulu,jahil. tahun lepas memang selalu dgn syai. hahahaha,ingat lagi. aku selalu marah dia,sian dia -.- pastu aku,Ainna,Ezatul gaduh dgn dia,sampai dia tendang yang tandas punya mesin tuala wanita hahahahahaha sopan sikit ok. pastu Syai ni suka loya buruk gak ah,cengeng do dia dulu. buat aku rasa menyampah hahhahahahahahah. rindu nak Syai mai rumah,sembang2,kutuk orang tu kutuk orang ni,gosip,snap gambar,masak pizza maggi,baling bantal,berebut ehem HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. ingat lagi yg Syai chat dgn ehem,pastu aku mengamuk,marah marah syai hahahahhahahahahha. aduh tak matang ah sia,waktu form 1 xD and yang paling rindu,nak nyanyi lagu hindustan. rindu syai gila gilaaaaaa. sekarang kitorang selalu je contact kat fb. conversation kitorang tadi. bila baca balik macam nak nangis pun ada.

"hm weh sakitnya hati :')"

"hm jangan ceni pls"

"hm biar lah :') aku nak kau! taknak kawan lain dah,janji jangan lupakan aku k :'("

"terharunya aku. kau sahabat sebenar aku weh. ye aku janji"

.....

serious aku rasa nak peluk je syai,dah lama sangat tak jumpa dia. rindunyaaa ya Allah. nasib selalu contact so takde lah rindu sangat kan. Thanks syai, for being my friend until now. i hope our friendship till jannah. Aamiin. 


Ceh,ni mula ah nak nangis kalau macam ni. aduhh tadi Nurin comment gambar kelas 1 Dedikasi kat fb. hm,rindu Nurin gak. sangat sangat,dulu selalu gak lah dgn dia. gila gila dgn dia,bila ada prob pun dia selalu ada ah teman aku,bagi semangat. yay,sayang sangat kat Nurin. dulu pernah gaduh dgn dia hahahahhahahahahhahahahahahahahaha aku ni cam kaki gaduh dah,asyik gaduh je kerja hm. gaduh gaduh sayang maybe? hahahaa. dulu waktu hantar buku teks,kitorang cam ada salah faham sikit. aku dah ah takleh kalau org cari pasal je kerja. so aku jumpa ah Nurin tanya apa masalah,masa tu ada Ainna,Ezatul dgn Syai. Ainna tanya ah macam2 so Nurin pun luahkan semua benda yg terbuku kat hati dia *ceh* and aku pun nangis bila dia luahkan semua. aku pun luahkan semuanya gak kat Nurin. so masing masing nangis,siapa tah hulur tisu kat aku dulu? hahahaha lupaa. lepas nangis nangis tu aku dgn Nurin peluk peluk aiceh hahahahhahahahaaha. then dah ok :-) rindu kat Nurin,rindu nak share problems. hm byk sangat problems skrg,so tak menyempat nak contact dia. even bbm je ish. tadi dah bbm dgn dia. luahkan semua benda kat dia. yaaaayy,aku ni jenis yg suka luahkan perasaan kat orang cuma lelaki je yang aku susah nak luahkan perasaan cehhhhhhhhhhhhhhhh apa ni Fatin! hahahahahahhahahaaha bye. 



so bye peeeps 


XOXO FATIN :')


written by D.O Lover | Loving (s)
You
You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can i forget all that
When you're the one who make me smile
You'll always be apart of me
How i wish you were still mine

Never will forget the day
How we've met and came this far
We both know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who say goodbye
And that's the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide truth for me to you

For all the things i've done and said
For all the hurt that i've caused you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn't what I meant to do







written by D.O Lover | Loving (s)
WHY?? :'((((


yaw Assalamualaikum! and hello. hm i dont know where should i start but.. hm kenapa semua girlfriends aku nak pindah? haa why? korang tak sayang aku eh? cukup lah Syai dengan Nurin tinggal aku, but i'm still contact them. i never forget them until i die. yahh pls dont leave me. sorang sorang kawan aku tinggal aku. k pebenda ni. hm Mila nak tinggal aku. pastu Syafiza? ahh



KARMILA AQILAH 

dear, i love you so much. kenapa kau pindah weh? tolong lah jangan tinggal aku. nanti sape je yang nak teman aku pergi sekolah? gelak dengan aku. weh. aku sekarang dah makin rapat dgn kau. aku anggap kau kawan baik aku,walaupun aku jarang kongsi masalah aku. tapi kau memang kawan baik aku. seriously aku suka kawan dengan kau. aku taknak lah kau tinggalkan aku. yaa maybe aku pindah but tu maybe. bukan betul betul. kau tu haa mmg betul betul pindah. karmilaaa. jangan pindah pls. PLEASE! I'M BEGGING YOUUU!! kalau kau ada, aku tak lah rasa macam dipinggirkan. karmila. jangan ah weh. :'( kenapa lah bila kita semua ni dah rapat. ada je yang berpisah. haih. karmila hm nanti kau jangan lupa aku tau. tadi aku datang rumah kau,aku nampak barang barang kau. aku rasa macam nak nangis je. takboleh tengok barang kau,seolah olah kau nak pindah je dalam masa terdekat ni hmm. weh :'(( thanks for being my friend. terima kasih jugak sebab kau dengar masalah aku,pasal syampu yahh hahaha. hm terima kasihhhhhhh!! much love xx don don.


SYAFIZA SHAMIOON

syafizaaaa,hm aku ingat kau memain pasal kau nak pindah. rupanya betul. ok kenapa ni? korang semua nak tinggal aku. hm terima kasih dengar semua masalah aku,pasal crush aku, kau layan je aku, aku ingat waktu math haritu yang kita gelak gelak. haha aku tahu kau gelak gelak. tapi dalam hati kau sedih kan. aku faham perasaan kau syafiza. kau kuat! hm yeah anything masalah kau cerita jelah kat aku, aku dengar,nanti besaq aku cari kau eh dengan kawan kawan yang lain,kita tinggal sesama. yayy,baru beshhh. ya Allah,bila kita dah semakin rapat ni,mesti ada yang nak pindah lah apa lah. sama macam Syai and Nurin. hm syafizaaaaaaaaaaa :'( jangan lupa aku !!!!! nanti aku nak kacau sape? and sape nak kacau akukalau kau pindah. and sape nak gelak dengan aku. sape hmm. i cant.. :'( hm thank you for everything <3 much love xx SAYA SAYANG PM! hahahahahahaha tak lawak, kbye. :p

JANGAN LUPA AKU TAUUUU. SHAHEIZY SAM AJAK AKU KAHWIN. EM NANTI DATANG EH :*





written by D.O Lover | Loving (s)
Shaheizy Sam ajak kahwinnnn \o/

Assalamualaikum. blurrppp (ok teruk) hahaha yay Alhamdulillah. semua tgh melalak main mercun -.- mercun pop pop je pun. sampai nak terjerit jerit bagai macam orang gila. nilah budak zaman sekarang tah apa apa. memekak je tahu. kau tak... err pebenda dah ni hahaha. okay teringat time kecik kecik dulu time zaman jahiliyah dulu hahah ceh. selalu ajak abah pergi bazaar,haa pergi bazaar terpaksa tahan nafsu. nafsu menda? kau fikir lain eh. haha, banyak gilaa weh makanan aku dah lah kuat makan dulu. em sekarang pun sama je haha. tengok tengok makanan yang sedap terutama ayam golek pehh sedap wehhh ahhh aku tidak tahannnn! ok selekeh je kan. hahaa,pastu lepas beli semua tu nampak pulak yang jual mercun bagai tuuu. haa aku pernah mintak kat abah nak beli mercun bola tu eleh bajet besar je en nak main mercun bola dulu hahaa. pastu nak mercun yang panjang tuuu apa kejadah tah nama. em ada hati nak beli centu last sekali dapat beli mercun pop pop tu je sedey medey betul T.T abah bagi beli mercun pop pop dgn bunga api yang warna merah tu je. hm kedekut punya abah hahahaa.

pastu bila berbuka je mesti makan macam orang tak makan setahun lol. dah mama aku masak sedap nak buat cemana kannn. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. eh? macam tak kena je. hahaha aku peduli apa. lepas berbuka tu terus cakap kat mama nak main bunga api dgn mercun pop pop tu. mama tak bagi hm k. pastu buat buat merajuk (alolo comelnyaaaa) aku masa kecik dulu memang comel kuwus jee geli bakhang haha. k hahahahahaha. then mama pun bagi yaay! biasa lah zaman muda dulu kan hahahaha mestilah cembudak sikit.haa main main semua tu. k dahh. settle. haha. pastu tidur. pukul 1030 dah tidur, biasalah budak kan kena tidur awal lalala.

haa pastu time sahur tu memang susah nak bangun ok. tunggu mama jerit,goncang badan dulu baru bangun haha. memang liat nak bangun. pastu basuh muka makan macam orang berbuka hahaha k -.- pastu terus tidurrrrr. mengantukzz.

haa petang petang tuu, balik sekolah je kan kan kan kan. terus mandi then ternampak sebotol air!! masa tu memang dah tak tahan dahaganya macam kat padang pasir dah lol. pastu dengan selamba badak air cincau laici kang aku MINUM air tersebut. sambil baca niat sahaja aku membatalkan puasa kerana tidak tahan HAHAHAHAHAHAHAHAHA ini bengong. kisah benar k ni hahaa. lepas minum air tuu pehh terasa nikmatnya berpuasa separuh hari hahahaha. terkena bisikan setonn ni, eh seton kan dah kena ikat haa so aku lah seton ni HAHAHAHA. ok -.- pastu lepas minum tu cover cover depan mama. buat buat penat. cehh
puihh

masa berbuka tu abah tanya "semua puasa penuh?" aku pun dengan semangatnya cakap "yeee abah! nanti bagi duit rayaaaaaaa" abah aku ckp "yeye je kau puasa penuh" pfftt jangan sampai kantoi sudah yang aku minum air petang tu hahaa. sampai sekarang still mama dgn abah aku taktahu yang aku pernah minum air waktu petang menjelma hahaa. kauu yang tengah baca ni jangan nak mengada bagitahu eh! aku cilok kau punya duit raya hahaha okay dah. sampai sini je. kbyeee.

p/s: SAYA TAK PERGI SOLAT TARAWIH! k kantoi ahahahahaa takde sape nak teman hm harapkan pagar, pagar makan padi k takde kena mengena pun. haaaa chiaw Assalamualaikum. saya suka tulis title yang takde kena mengena dgn post saya hahahahahahahaha. merepek je aku ni en. nak buat cemana dari kecik memang cemni :b


written by D.O Lover | Loving (s)
mimpi....

Assalamualaikum. haaaaaaaaaaaaai. bapak excited kauuuu haaa. it's been long time since tak update blog hm pejam celik dah 11th ramadhan,1434,6.23 ptg k annoying sampai nak tulis pukul berapa. Alhamdulillah dah 11 hari kita berpuasa and harini jugak lah sekolah ganti,tapi aku tak pergi haa ok pemalas haha. aku rasa sikit je yang datang sekolah. ganti hari deepavali hek eleh -.- dey machaa ane appa amma tu pun nak ganti ke? eyyy kay saya bergurau sahaja. maafkan sayeww :') haritu pun aku pergi bukannya ada apa pun, tak belajar langsung. kitorang main phone. shh jangan bagitahu cikgu eh :b btw ni sekolah ganti yang lepas punya lol. nasib takde spotcheck kalau tak... asdfghjkl. nawh aku taktahu kenapa aku rasa aku rindu 2012 T^T i miss everything. esspecially 1 dedikasi tahun lepas. hm rindunya doraang. semalam en aku taktahu kenapa aku mimpi aku jumpa HAZIQ hahaha. kelakar k. tetiba je mimpi dia tu. macam takde orang lain je. tapi takde lah mimpi dia banyak banyak. sikit je. kebanyakan mimpi crush ehemmm hahaha. okay teringat tahun lepas *pandang atas bajet dalam filem puihh* hahahahahaha.........

Haziq en tahun lepas dia lah yg kacau aku dgn syai pfft selekeh. dorang memang suka buli orang k, dia dengan AMIRUL memang sakai menyakai tersakai. tapi dorang dah pindah haha. yay! tapi rindu jugak lah kat dorang (sikit je) sebab sunyi kelas takde dorang. haa tahun lepas Ainna tetiba ada buat apa eh cerita pasal keburukan or kebaikan masing masing lah. masa cerita pasal keburukan semua tu nangis, masa tu pulak waktu agama lol. kitorang dengan selamba beruknya duduk di belakang dan selamba badaknya bukak kedai kopi. tadi beruk pastu badak. tah pape je kan? haha, nangis nangis semua tu hm Haziq,Amirul semua kacau kata nangis blablabla selekeh je dorang k. mintak penyepak. haa. Syai nangis paling teruk dia cerita semua masalah hm aku pun nangis. Ainna sorang je tak nangis. awh I miss this laaa.

hm ok akhir tahun tu kitorang ada masalah sikit dengan Ainna. hm kitorang tak kawan dia yah rasa bersalah jugak lah kan. kitorang tak kawan dia sebab... ha ada lah sebab dia. bila difikirkan balik sebab kitorang tak kawan dia tu macam kitorang ni takleh terima keburukan dia tau. haih. rasa bersalah pulak bila ingat balik. I'm sorry Ainna :'(  then masuk je tahun 2013 kitorang tak kawan dia lagi. Syai pun dah pindah hm. ok sedih and rindu dia. now kitorang dah kawan dah Ainna. malas nak gaduh gaduh ni. lagipun kitorang gaduh pun sebab yang err tah pape je dulu. haaaaaaaaaaaaaaaaa aku taktahu nak update pebenda dah. seriously,lapar gila weh. lagi sejam nak berbuka k sabar :')

btw perasan tak title tu tak ada kena mengena pun dgn post ni hahaha. k memang annoying.


written by D.O Lover | Loving (s)

Bounjour.



Hidayah doesn't come when we feel like we don't want it. Listen to your heart deeply and be honest to yourself. iDOKYUNGSOO :>

Taggie.



Credit.

Template : Izzatie Syazwani
Basecode : Siti Nur Aisyah
Others :   

Older Post